Monday 3 August 2015

Cara Mendapatkan Size Cincin Melalui Ukur Lilit Dengan Tepat.


Kami di Elfi Jewellery merupakan antara peniaga terawal menjalan perniagaan penjualan cincin secara online. Dan kini lebih dari kami telah menjual lebih dari 5000 cincin dalam tempoh setahun, walaupun begitu, hampir separuh dari cincin yang terjual dikembalikan kepada kami untuk ditukar size. Sekiranya size yang dipilih customer pada awalnya ialah betul, tiadalah masalah yang menyukarkan kedua pihak ini berlaku.

Secara jujurnya, 80% dari mereka yang mengunakan kaedah ukur lilit mendapat size yang salah, dan kesemua dari mereka mendapat size yang lebih besar dari size sebenar mereka.

Sebagai contoh ada yang dapat ukuran size 20, sedangkan jarinya ialah size 14. Ada pula yang mendapat ukuran size 15 sedangkan jarinya size 9, dan ada pula yang mengukur dan mendapat size 28 sedangkan jarinya size 14. Ini adalah perbezaan yang begitu ketara.

Oleh itu disini kami ingin menunjuk cara yang tepat dalam mengukur jari anda atau customer anda mengunakan kaedah ukur lilit.

Kepada Agent kami, sila copy keadah dibawah dan pastikan customer anda mengikuti keadah tersebut. Ini kerana majoriti order yang dikembalikan ialah dari pihak Agent, dan kami harap dengan kerjasama anda, pihak customer dan kami dapat diringankan kerja.

KAEDAH UKUR LILIT SECARA DETAIL

Pertama sediakan alatan yang diperlukan.

1) Kertas yang telah dipotong dengan lurus atau boleh digantikan dengan benang.
2) Pen
3) Kertas kosong
4) Pembaris.


Pastikan kertas yang dipotong ialah lurus dan kemas seperti gambar dibawah



Setelah itu, letakkan kertas tersebut dibawah jari anda seperti di dalam gambar dibawah


Kemudian lilitkan kertas tersebut dijari anda dengan SEKETAT MUNGKIN. Ianya penting untuk memastikannya seketat mungkin untuk mendapatkan size yang betul. Dalam proses ini, kemungkinan kertas akan terkoyak beberapa kali, tetapi itu menandakan anda benar-benar mencuba untuk dapatkan lilitan yang kuat. 

Walau sekuat mana pun lilitan yang dibuat, ianya tidak akan membuat anda tidak selesa atau menghentikan perjalanan darah, kerana ianya kertas dan boleh terkoyak sekiranya terlalu kuat. Dan cincin yang anda akan perolehi akan rasa selasa dan bukannya ketat sekiranya anda melalukannya dengan betul.

Adalah sangat digalakkan bagi anda untuk mendapatkan TEMAN UNTUK MEMBANTU anda dalam process ini. Kerana kemungkinan besar ukuran yang anda tandakan ialah salah apabila melalukannya seorang diri.

Kertas sedang dililitkan oleh rakan. Ia dililitkan dengan ketat untuk memastikan tiada ruang. Ini cubaan kedua setelah kertas terkoyak.


Dengan berhati-hati, lilitan dilengkapkan. Dari sini boleh dilihat yang jari berada dalam keadaan tertekan, ini menandakan lilitan dilakukan dengan betul. Boleh dilihat penghujung kertas dari anak panah didalam gambar. Ambil pen dan tandakan titik pertemuan itu.

Setelah ditanda, kini lilitan boleh dibuka dan dibentangkan dengan selari bersama pembaris.


Sila letakkan kertas anda seperti dalam gambar diatas, pastikan ukuran kertas dimulakan dari 0cm hingga bahagian yang ditandakan. Seperti contoh ukuran yang kami dapat diatas ialah 4.8cm. Jangan anda bundarkan ukuran yang anda dapat. Sebagai contoh, sekiranya ia 4.9cm, jangan anda tulis 5.0cm.

Catatkan ukuran anda tadi di kertas nota yang telah anda sediakan. Kemudian ambil kertas lilitan tadi  (atau digalakkan mengunakan yang baru) dan ulangi lilitan semula dan catat sekali lagi ukuran yang anda dapat. Langkah ini diulang buat kali terakhir untuk mendapatkan 3 ukuran yang mungkin berbeza atau sama. Lihat gambar dibawah.


Langkah ini telah diulang sebanyak 3 kali, dan ukuran yang kami dapat ialah 4.8cm, 4.7cm dan 4.7cm buat kali kedua. Untuk kepastian kami mengulangi buat kali keempat serta terakhir dan mendapatkan ukuran 4.7cm juga. Setelah dari circumference (ukur lilit) kepada size asia melalui carta dibawah, ternyata size yang kami dapat ialah tepat. Kerana sememangnya Kak Misha dari Elfi Jewellery memakai cincin size 7 =).



=====================TAMAT======================

Catalog cincin kami




Untuk tempahan direct - boleh contact 012-6157143 (Naz) / 019-8878715 (Misha)

Untuk order dari website click link dibawah -